Seribong.info

Kisah di sebalik blog

hidup seorang blogger yangAssalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog cctv ini, dah lama rasanya blog ini terbiar usang tanpa sebab di usik. Tu lah kalau hidup bermadu kadang-kadang yang lama di lupakan dan yang muda juga di cari.

Apa kaitan post ini dengan hidup seorang blogger sebenarnya semenjak dua menjak ni aku kurang menulis di blog ini memandangkan sibuk dengan tugas-tugas lain serta kurangnya mood untuk menulis perkara yang terlalu teknikal.

Tapi anda janga risau, hidup seorang blogger yang memang ada pasang surutnya bab air sungai mahupun laut, kadang-kadang kesuntukkan masa yang membataskan aku untuk menulis di blog ini. Namun aku cuba juga untuk berkongsi tips cctv di sini seboleh yang mungkin dan jangan risau blog ini aku takkan biarkan ia kosong dan sunyi sepi je.

Perkara asas mengenai cctv, produk cctv, candangan dan pendapat mengenai sistem kamera cctv akan tetap dikongsikan disini, cuma kurangnya daya olahan serta masa yang menyebabkan blog ini tidak berupdate. Semua orang sudah tahu bukan akan kepentingan cctv? kalau tak tahu rasanya banyak contoh dan kes yang boleh aku kongsikan di sini mengenai akan kepentingan cctv. continue reading…

cctv in house

image source http://www.cbssecuritysystems.com

Perniagaan cctv sememangnya tiada penghujung kerana ianya sentiasa berevolusi dan semakin berkembang dari masa ke semasa. Jika dilihat perkembangan semasa, perniagaan cctv semakin berkembang dan kesedaran penggunakan kamera cctv dan sistem cctv begitu meluas dan merangkumi semua bidang.

Kesedaran awam terhadap sistem kamera cctv

Melihat kepada perkembangan semasa, permintaan terhadap pemasangan sistem cctv semakin meningkat terutamanya dikalangan masyarakat awam ataupun orang perseorangan. Dimana dapat dilihat cctv sudah mula dipasang di rumah-rumah persendirian dan kalau suatu ketika dahulu hanya di pasang di banglo dan kediaman mewah, namun sekarang rumah-rumah kos sederhana dan kos murah pun sudah memasang sistem cctv kerana kepentingan serta harga pasaran yang mampu dimiliki sekarang ini.

Persaingan dalam pasaran

Persaingan yang wujud dipasaran malaysia sekarang menandakan permintaan semakin meningkat dan perniagaan cctv semakin berkembang maju serta menandakan bahawa produk cctv tiada penghujungnya. Pasti ia akan menjadi satu industri yang besar di malaysia dan harga serta kualiti akan seiring berdaya saing.

Tahap keselamatan di premis

continue reading…

Hari ni saya nak update ringkas sahaja, iaitu saya ingin memohon jasa baik anda semua yang telah menghubungi saya di ruangan Contact Me.

Saya tak nak menulis panjang, cuma kalau boleh berikan email yang betul dan sah untuk saya menghubungi anda semula, macam mana saya nak jawab soalan dan permohonan yang anda kemukakan sedangkan apabila saya reply email saudara/saudari…asyik delivery fail je…

pertanyaan di seribong 300x61 Perhatian untuk semua pembaca blog ini

Tolong yer semua, berikan email yang betul untuk saya menghubungi anda semula.

email failed 300x57 Perhatian untuk semua pembaca blog ini

Panduan Asas CCTV

5 comments
ebook asas cctv

ebook asas cctv

OK seperti tajuk diatas, ini adalah perancangan saya untuk pembaca blog ini, saya ingin bertanyakan kepada anda semua adakah anda berminat untuk mendapatkan ebook panduan asas cctv sekiranya saya menghasilkannya nanti?

sila tinggalkan diruangan komen dan kalau anda sudi untuk memberikan input seperti, apakah yang anda inginkan dari ebook asas cctv dan sebagainya.

Sekian sahaja update hari ini, insyaAllah ebook cctv ini akan muncul tidak lama lagi, so tunggu kemunculan ebook panduan asas cctv nanti

Asas CCTV

12 comments

Artikel pada kali ini akan berkisar mengenai cctv dan bagaimana asas yang perlu ada dalam mengenali cctv.

Perkara penting yang perlu anda tahu ialah kamera cctv, sistem cctv itu sendiri dan bagaimana ianya berfungsi. Baiklah tanpa membuang masa kita pergi kepada kamera cctv

images Asas CCTV

Kamera CCTV

Terdapat pelbagai jenis kamera cctv yang ada dipasaran sekarang ni sehinggakan untuk kita kenal satu persatu memang susah rasanya bagi kita yang baru untuk mengenali cctv ni.

continue reading…