Author Archive

Pindah hosting baru………

Saturday, February 20th, 2010

Blog ni tak berupdate minggu ni disebabkan oleh proses perpindahan ke rumah baru.

kepada semua, sebenarnya dalam kepala ni ada jer nak tulis artikel pasal blog wordpress ni, tapi sebab dalam proses nak pindah ke hosting baru dan saya tak nak menghadapi risiko kehilangan semua post-post, jadi saya ambil langkah tidak membuat artikel baru

jadi..selepas selesai proses perpindahan hosting ni, sy akan umumkan di sini dan insyaAllah banyak artikel akan menyusul nanti

Sekian saja dari admin

3 voucher tiket wayang untuk dimenangi

Friday, January 29th, 2010
gambar di atas adalah contoh sahaja
gambar di atas adalah contoh sahaja

Buat julung kalinya, blog ini menganjurkan pertandingan dan menwarkan hadiah 3 voucher tiket wayang untuk dimenangi.

Hadiahnya ialah 3 voucher tiket wayang

Tarikh voucher akan tamat pada 03 febuari 2010

Peraduan ini di buka sehingga hari sabtu 30 januari 2010 sahaja

Terdapat 3 pemenang akan dipilih

Bagaimana ingin menyertainya?

Buat satu review mengenai pertandingan ini dan link kan kepada blog ini dan pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah link refferal yang terbanyakmemasuki blog ini

Tak kisah berapa banyak blog yang anda ingin masuk, pemenang akan di umumkan pada hari sabtu 30 januari 2010 pada jam 2 petang.

Tarikh tutup penyertaan ialah hari sabtu 30 januari 2010 jam 01. 45 petang

Jadi sertainya sekarang.

Saper cakap produk cctv mahal?

Wednesday, January 6th, 2010
Gambar ini tiada kaitan dengan artikel

Gambar ini tiada kaitan dengan artikel

Salan sejahtera buat semua pembaca,

Kita sering dimomokkan dengan ayat seperti ini ” mahal la kalau nak beli cctv”, “produk cctv mahal la” dan segala macam lagi yang kita sering dengar apabila bercakap mengenai produk dan sistem cctv.

Tetapi tahukah anda? sebenarnya produk cctv dan juga untuk memasang cctv di pasaran malaysia sekarang sebenarnya sudah mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, kalau anda tak percaya saya akan buktikan pada anda dengan sedikit pengiraan yang cukup simple.

Ok mari kita lihat sekiranya anda ingin memasang satu sistem cctv yang lengkap di rumah

1. anda perlukan 4 biji kamera cctv (untuk dome camera) hanya RM 100 sebiji so total baru RM 400

2. CCTV Recorder – untuk 4 channel @ kamera harga di pasaran sekarang baru RM 200-500

3. Pemasangan kabel-suruh jer juruletrik pasang, 1 point RM 100 dan kalau 4 point baru RM 400

Itu je, so total semua RM 400+250+400, nah baru RM 1050 untuk satu sistem cctv yang boleh di gunakan di rumah anda, murah bukan? ataupun masih mahal?

Kalau melabur untuk beli penapis air pun untuk mendapatkan air yang bersih pun dalam RM 1000-2000 kenapa anda tidak sanggup untuk memasang satu sistem cctv di rumah dengan hanya kos RM 1050, pada saya sekiranya anda ingin memastikan keselamatan di rumah anda, pasanglah cctv, samada anda beli barang cctv itu sendiri dan pasang sendiri ataupun beli barang dan upah kontraktor untuk memasangnya.

Kenapa saya cadangkan pada anda? mari kita lihat petikan dari berita di akhbar baru-baru ini.

Utusan Malaysia – Isnin 04 Januari 2010 “CCTV rakam amah dera bayi di Damansara

(more…)

Baru nak menulis

Monday, January 4th, 2010
Jari-jemari sedang menaip

Jari-jemari sedang menaip

Sudah 4 hari tahun 2010 berlalu, baru hari ni berkesempatan untuk menulis di blog yang tak seberapa glamor ni dan di harapkan pengunjung blog ni jangan lah bosan sebab lama blog ni tak berupdate.

Banyak sebenarnya perkara-perkara yang perlu diselesaikan pada minggu lepas sehinggakan tidak berkesempatan untuk menulis di blog ni, buat anda semua jangan la cakap saya ni memberi alasan. Banyak sebenarnya percangan tahun ini yang akan dibuat terutamanya untuk memberikan maklumat serta berkongsi dengan pembaca semua mengenai maklumat CCTV yang saya mampu.

Pada tahun banyak juga perancangan yang saya ingin buat, jadi tunggu sehingga masanya tiba saya akan umumkan kepada semua dan buat masa ni biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu.

Sedikit mengenai cctv, sekiranya anda ingin belajar mengenai asas cctv dan ingin memasang cctv di rumah, boleh lah ajukan soalan anda kepada saya samada melalui ruangan hubungi saya ataupun tinggalkan saja pertanyaan anda di ruangan komen, saya akan membalasnya secepat mungkin.

Sekiranya anda rasa cctv itu susah, jawapannya tidak kerana untuk menguasai ilmu cctv anda tidak perlu ada kemahiran teknikal yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah keinginan untuk belajar dan berjumpa dengan orang yang betul.

Ok untuk panduan anda, apa yang perlu anda tahu mengenai cctv ialah seperti perkara berikut :

(more…)

Azam tahun baru

Wednesday, December 30th, 2009
azam tahun baru 2010

azam tahun baru 2010

Tinggal sehari jer lagi untuk tahun 2009 menutup tirainya, maka masing-masing mula memasang azam tahun baru untuk 2010. Dimana semua senarai dimasukkan termasukklah azam untuk berkahwin lagi satu dan segala macam azam lagi yang akan ditulis diatas kertas.

Adakah azam tahun 2009 anda telah tercapai? kalau belum tercapai masih ada sehari lagi untuk anda berbuat demikian, dan saya sendiri mempunyai azam tahun 2009 dimana ada yg sudah tercapai dan juga masih lagi belum tercapai, diharapkan saya dapat sambung azam tu untuk tahun depan nanti, insyaAllah

Senarai azam tahun 2009 yang saya sudah capai :

  1. Mempunyai anak-alhamdulillah sudah tercapai ( Muhammad Fahim )
  2. Masuk TV- Sudah tercapai, pada bulan ni.
  3. Mendapat duit sampingan dari internet-sudah tercapai..

Yang saya belum capai :

  1. Hidup dengan isteri satu bumbung -belum lagi, insyaAllah pada 09 Januari 2010 saya akan pindahkan isteri saya dari melaka ke KL
  2. Memiliki sebiji lagi kereta-Belum lagi dan dalam perancangan tahun depan, Honda City idamanku
  3. Menghasilkan ebook-dalam proses, tahun depan akan dilancarkan

(more…)