Artikel pada kali ini akan berkisar mengenai cctv dan bagaimana asas yang perlu ada dalam mengenali cctv.

Perkara penting yang perlu anda tahu ialah kamera cctv, sistem cctv itu sendiri dan bagaimana ianya berfungsi. Baiklah tanpa membuang masa kita pergi kepada kamera cctv

images Asas CCTV

Kamera CCTV

Terdapat pelbagai jenis kamera cctv yang ada dipasaran sekarang ni sehinggakan untuk kita kenal satu persatu memang susah rasanya bagi kita yang baru untuk mengenali cctv ni.


Apa yang penting anda perlu tahu apa itu CMOS kamera dan apa itu CCD camera. Maksud CCD ialah (charge coupled device) dan CMOS (complementary metal oxide semiconductor). Perbezaan paling ketara untuk kita ketahui cmos kamera ialah paling senang tengok kepada chipset yang digunakan, kalau single chipset maknanya kamera tersebut jenis cmos, dan kalau jenis ccd kamera terdapat 2 chipset.

Ok berbalik kepada kamera cctv, terdapat pelbagai jenis kamera cctv yang digunakan iaitu cctv dome kamera, infrared kamera, CCD Camera, Hidden Kamera, Spy Kamera dan banyak lagi untuk kegunaan CCTV.

Jadi anda perlu mengenali satu persatu jenis-jenis kamera cctv yang ada bagi memudahkan anda untuk memahami konsep sistem keselamatan cctv ini.

CCTV Dome kamera adalah merupakan cctv kamera yang mempunyai bentuk bulat dan dapat merakam imej dalam keadaan 90-120 darjah dan mampu merakam jarak sehingga 10 meter. Dome kamera kebiasaannya dipasang di pejabat-pejabat, kedai serbaneka, bank-bank dan juga dirumah kediaman.

Dome kamera adalah merupakan kamera cctv yang termurah di dalam pasaran berbanding dengan kamera cctv yang lain kerana ianya hanya mampu berfungsi didalam cahaya sahaja, sekiranya tempat dome kamera tersebut gelap, maka dome kamera tidak dapat merakam imej.

Amat mudah untuk memasang dome kamera dan ia mampu untuk dipasang pada dinding dan juga syiling..inilah kelebihan dome kamera yang mana mampu dipasang dalam pelbagai keadaan.

images 1 Asas CCTV
Infrared CCTV Kamera pula merupakan kamera cctv yang digunakan khusus untuk merakam imej pada waktu malam dan juga berfungsi seperti biasa pada waktu siang. Kelebihan infrared kamera ialah ia mampu untuk merakam imej walaupun tempat tersebut tiada sebarang pencahayaan.

Walaubagaimanapun harga infrared kamera agak tinggi sedikit berbanding dengan dome kamera kerana kelebihannya untuk merakam imej didalam keadaan yang gelap. Imej yang dirakam didalam waktu gelap adalah dalam bentuk satu warna sahaja

Terdapat pelbagai jenis kamera cctv yang ada dipasaran sekarang ini dan saya akan menulis jenis kamera tersebut di artikel yang akan datang, jadi jangan lupa untuk subscribe blog ini supaya anda tidak ketinggalan untuk artikel-artikel yang akan datang.

Sekiranya anda anda pertanyaan berkenaan sistem cctv kamera ini bolehlah menghubungi saya diruangan Hubungi ataupun lontarkan soalan anda diruangan komen, sekian.

Bye-bye…..
Admin

Blog Widget by LinkWithin