Perniagaan cctv sememangnya tiada penghujung kerana ianya sentiasa berevolusi dan semakin berkembang dari masa ke semasa. Jika dilihat perkembangan semasa, perniagaan cctv semakin berkembang dan kesedaran penggunakan kamera cctv dan sistem cctv begitu meluas dan merangkumi semua bidang.
Kesedaran awam terhadap sistem kamera cctv
Melihat kepada perkembangan semasa, permintaan terhadap pemasangan sistem cctv semakin meningkat terutamanya dikalangan masyarakat awam ataupun orang perseorangan. Dimana dapat dilihat cctv sudah mula dipasang di rumah-rumah persendirian dan kalau suatu ketika dahulu hanya di pasang di banglo dan kediaman mewah, namun sekarang rumah-rumah kos sederhana dan kos murah pun sudah memasang sistem cctv kerana kepentingan serta harga pasaran yang mampu dimiliki sekarang ini.
Persaingan dalam pasaran
Persaingan yang wujud dipasaran malaysia sekarang menandakan permintaan semakin meningkat dan perniagaan cctv semakin berkembang maju serta menandakan bahawa produk cctv tiada penghujungnya. Pasti ia akan menjadi satu industri yang besar di malaysia dan harga serta kualiti akan seiring berdaya saing.
Tahap keselamatan di premis
Isu keselamatan menjadi perkara yang begitu penting sekarang. Banyak kes-kes kecurian, rompakan, pembunuhan dan sebagainya dapat di selesaikan dengan bantuan sistem kamera cctv dan ini menjadikan permintaan terhadap cctv akan sentiasa berkembang dan semua orang inginkan tahap keselamatan yang tinggi.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa keperluan dan permintaan terhadap sistem cctv akan memacukan lagi perkembangan industri cctv di malaysia dan perniagaan cctv boleh di ertikan sebagai tiada penguhujung




Comments
Leave a comment Trackback