
Gambar ini tiada kaitan dengan artikel
Salan sejahtera buat semua pembaca,
Kita sering dimomokkan dengan ayat seperti ini ” mahal la kalau nak beli cctv”, “produk cctv mahal la” dan segala macam lagi yang kita sering dengar apabila bercakap mengenai produk dan sistem cctv.
Tetapi tahukah anda? sebenarnya produk cctv dan juga untuk memasang cctv di pasaran malaysia sekarang sebenarnya sudah mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, kalau anda tak percaya saya akan buktikan pada anda dengan sedikit pengiraan yang cukup simple.
Ok mari kita lihat sekiranya anda ingin memasang satu sistem cctv yang lengkap di rumah
1. anda perlukan 4 biji kamera cctv (untuk dome camera) hanya RM 100 sebiji so total baru RM 400
2. CCTV Recorder – untuk 4 channel @ kamera harga di pasaran sekarang baru RM 200-500
3. Pemasangan kabel-suruh jer juruletrik pasang, 1 point RM 100 dan kalau 4 point baru RM 400
Itu je, so total semua RM 400+250+400, nah baru RM 1050 untuk satu sistem cctv yang boleh di gunakan di rumah anda, murah bukan? ataupun masih mahal?
Kalau melabur untuk beli penapis air pun untuk mendapatkan air yang bersih pun dalam RM 1000-2000 kenapa anda tidak sanggup untuk memasang satu sistem cctv di rumah dengan hanya kos RM 1050, pada saya sekiranya anda ingin memastikan keselamatan di rumah anda, pasanglah cctv, samada anda beli barang cctv itu sendiri dan pasang sendiri ataupun beli barang dan upah kontraktor untuk memasangnya.
Kenapa saya cadangkan pada anda? mari kita lihat petikan dari berita di akhbar baru-baru ini.
Utusan Malaysia – Isnin 04 Januari 2010 “CCTV rakam amah dera bayi di Damansara”
Menurut petikan berita dari utusan
n malaysia, sepasang suami isteri di Bandar Damansara terkejut apabila mendapat bayi mereka yang berusia 11 bulan mengalami lebam di bahagian muka, dahi dan belakang badan.
Lebih mengejutkan bayi itu baru di tinggalkan bersama pembantu rumah kira-kira sejam untuk keluar bersarapan sempena cuti tahun baru.
Pelik dengan kejadian itu, ibu mangsa bertanyakan kepada pembantu rumah namun warga Filipina tersebut menyatakan tidak mengetahui perkara berkenaan.
Tidak berpuas hati dengan jawapan pembantu rumah itu, ibu mangsa yang berusia 40-an melihat rakaman kamera litar tertutup ( CCTV ) di rumahnya. Namun alangkah terkejutnya apabila mendapati punca kecederaan yang dialami anak bongsunya itu adalah angkara pembantu rumahnya sendiri.
Rakaman beberapa minit itu menyaksikan wanita berkenaan memukul bayi tersebut malah lebih kejam menolak muka mangsa ke arah dinding rumahnya.
Lihat pada ayat yang saya boldkan merah itu, bayangkan bayi yang berusia 11 bulan, yang masih lagi belum kuat dari segi perlindungan diri seperti di bahagian kepala di perlakukan begitu? dan pencarian apakah punca kecederaan yang di alami oleh bayi tersebut ialah dengan ibu mangsa melihat rakaman litar tertutup CCTV.
Jadi anda nilai sendiri akan kepentingan cctv berdasarkan petikan berita di atas. Sekian
Sekiranya anda ingin khidmat nasihat dan juga pandangan serta pertanyaan boleh terus menghubungi saya melalui ruangan contact us serta boleh meninggalkan di ruangan komen di bawah.




Comments
Leave a comment Trackback