Kali ini terpanggil untuk menulis berkenaan sistem kamera cctv yang sudah lama saya tidak menulisnya dan saya harapkan ianya bermanfaat untuk anda semua
Jika anda lihat pada gambarajah yang saya sediakan diatas, itu merupakan lakaran asas cctv yang telah saya hasilkan secara ringkas supaya anda faham mengenai sistem cctv kamera ini. Saya ringkaskan kepada beberapa bahagian supaya anda faham dengan lebih jelas mengenai cctv ini.
Perkara yang anda perlu faham
- jenis kamera cctv yang ingin digunakan
- jenis sistem rakaman cctv yg ingin digunakan
- jenis sambungan cctv yg anda perlukan
- kedudukan asas kamera cctv yang ingin dipasang di rumah anda
Jenis kamera cctv yang ingin anda pasang bergantung kepada kegunaan dan tempat yang ingin dipasang, sebagai contoh sekiranya anda ingin pasang kamera cctv di bahagian dapur rumah anda dan bertujuan untuk mengawasi orang gaji adalah lebih baik menggunakan hidden kamera @ kamera cctv tersembunyi dan antara yang boleh digunakan ialah cctv smoke detector hidden camera( kamera cctv yang diletakkan didalam bekas alat pengesan asap)
Jadi saya senaraikan dibawah antara jenis kamera cctv yang sesuai dipasang
- Stesyen minyak – menggunakan gabungan kamera cctv jenis dome kamera, ccd kamera dan juga infrared kamera. (Dome untuk diletakkan bahagian kaunter dan kedai, ccd kamera sesuai untuk letak di depan stesyen minyak untuk mengawasi kawasan pam minyak, dan infrared kamera sesuai untuk bahagian belakang ataupun kawasan yang gelap
- Rumah-boleh gunakan dome kamera di dalam kawasan rumah, kawasan hadapan @ parking menggunakan infrared cctv kamera untuk melihat kawasan gelap dan kawasan dapur menggunakan kamera tersembunyi
- Pejabat-gabungkan penggunaan kamera cctv berjenis dome kamera dan juga infrared kamera
- Kedai anda boleh gunakan jenis dome kamera dan juga hidden kamera
Terdapat dua jenis sistem rakaman cctv yang ada dipasang iaitu pertama menggunakan komputer ( PC Based ) dan yang kedua ialah jenis Standalone ataupun macam dvd recorder lah (DVR Standalone)
Terpadat pro dan kontra didalam menggunakan kedua-dua sistem ini, sekiranya anda inginkan fungsi yang lebih banyak maka gunakan pc based tetapi jika anda ingin berjimat didalam pemasangan cctv sistem ini gunakanlah dvr standalone.
Jenis sambungan sistem cctv :
Terdapat dua jenis iaitu dengan menggunakan kabel dan satu lagi tanpa wayar ataupun wireless cctv kamera, tetapi kebanyakkannya menggunakan kabel kerana murah dan kualiti video untuk cctv yang lebih jelas dan terang
Kedudukan asas kamera cctv :
Sedikit petua untuk anda menentukan kedudukan kamera cctv semasa pemasangan sistem cctv kamera iaitu dimanakah tempat jalan keluar rumah anda (ambil rumah sebagai contoh). Letakkan kamera cctv di kawasan yang boleh kamera cctv tersebut merakamkan video kawasan pintu rumah. Selain itu untuk menentukan kedudukan kamera cctv anda menentukan dimanakah kawasan yang ingin anda rakam menggunakan sistem kamera cctv ini.
Itu sahaja serba sedikit mengenai sistem cctv kamera dan diharapkan ianya bermanfaat untuk anda, ikuti artikel seterusnya dari saya mengenai cctv kamera sistem ini dan jangan lupa subcribe blog ini terus ke email anda supaya anda tidak ketinggalan mengetahui tip-tip cctv yang terbaru. Sekian dan sebarang pertanyaan dan komen bolehlah menghubungi saya.




mijie Reply:
September 28th, 2009 at 11:22 am
memang la betul kalau 24 hour recorder space besar, tp skrg ni recorder dah ada yg canggih, dia leh compress recoder file
pastu skrg ni, kalau untuk 320gb hard disk kalau record 24hours, boleh dpt dalam 2 minggu
then biasa nyer aku cadangkan guna jer recorder setting based on motion, memang jimat giler space, record bila ada movement je
[Balas Komen]