Seribong.info

Kisah di sebalik blog

Browsing Posts tagged kursus

Mula menulis kembali

No comments

Assalamualaikum semua,

hari ni saya berkesempatan untuk menulis blog kesayangan ni, sebelum tu saya minta maaf kepada semua sbb lama biarkan blog ni usang dan tidak terusik.

sebenarnya saya berkursus hampir 2 bulan, baru je habis 03 disember baru-baru ni dan skrg ni dah masuk ofis dengan fail yang bertimbun dan perlu di uruskan segera. tambah pula skrg ni saya tgh sibuk menguruskan rumah sewa yang bakal saya duduk di Banting (dkt dgn KLIA)

SAR 2009

SAR 2009

*klik pada gambar untuk besarkan

insyaAllah bulan januari tahun depan saya akan bawa isteri dan anak saya ke kuala lumpur untuk tinggal bersama, lega la skit dari keadaan skrg ni yang kena berulang setiap hujung minggu ke batu berendam, melaka.

Sebenarnya banyak yang saya nak menulis hari ni tetapi masa pun terlalu mencemburui saya untuk menulis blog ni, lepas ni saya akan menulis berkenaan dengan bagaimana saya ke udara di dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O, video pun saya dah download…tunggu sehingga artikel akan datang saya akan muatkan dalam blog ni.

Tahun ni dah 2 kali sebenarnya saya ke udara secara langsung di TV, syukur rezeki yang Tuhan bagi..dan selepas ni saya akan berkongsi dengan anda gambar2 sekitar rancangan live di TV dan saya akan kongsikan bagaimana dengan blog www.seribong.info ni je saya boleh masuk tv, tak perlu bayar pun masuk tv tu

p/s : cuba teka mana satu saya dalam gambar di atas, sapa yang betul saya nak bagi RM 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kali ini kita berjumpa lagi dalam blog ini, tetapi entri kali ini tidak membicarakan mengenai dunia internet, perniagaan internet, belajar buat blog dan projek cctv tetapi kali ini artikel yang dihasilkan ialah untuk memberi hebahan kepada semua kawan-kawan yang isteri saya telah selamat melahirkan cahaya mata pertama kami anak lelaki seberat 4.1kg pada 10 oktober 2009 sekitar jam 1.21 am

Muhammad Fahim

Muhammad Fahim

Disebabkan kekangan masa berkursus dan sibuk menguruskan kehadiran orang baru dalam keluarga kami, blog ini sedikit terabai tetapi saya akan pastikan blog ini akan sentiasa berupdate dan disamping itu menyumbangkan ilmu-ilmu yang akan dikongsi bersama.

Sedikit masa lagi saya akan menulis artikel bagaimana untuk mempercepatkan proses permohonan public bank debit kad melalui online dan anda tidak perlu continue reading…

kertas periksa pba

Minggu lepas aku telah berkursus selama seminggu mengenai Application of perfomance based approach for fire safety in special designated premises yang diadakan di akademi bomba dan penyelamat malaysia ( FRAM) kuala kubu bharu.

Selama seminggu aku belajar tentang kebombaan dan bagaimana proses untuk memohon penggunaan performance based (PBA) untuk pemilik premis yang mempunyai premis yang tidak dapat memenuhi kehendak-kehendak UBBL ataupun undang2 kecil bangunan seragam.
continue reading…

KURSUS DEKAT KUALA KUBU BHARU