Seribong.info

Kisah di sebalik blog

Browsing Posts tagged malaysia

cctv in house

image source http://www.cbssecuritysystems.com

Perniagaan cctv sememangnya tiada penghujung kerana ianya sentiasa berevolusi dan semakin berkembang dari masa ke semasa. Jika dilihat perkembangan semasa, perniagaan cctv semakin berkembang dan kesedaran penggunakan kamera cctv dan sistem cctv begitu meluas dan merangkumi semua bidang.

Kesedaran awam terhadap sistem kamera cctv

Melihat kepada perkembangan semasa, permintaan terhadap pemasangan sistem cctv semakin meningkat terutamanya dikalangan masyarakat awam ataupun orang perseorangan. Dimana dapat dilihat cctv sudah mula dipasang di rumah-rumah persendirian dan kalau suatu ketika dahulu hanya di pasang di banglo dan kediaman mewah, namun sekarang rumah-rumah kos sederhana dan kos murah pun sudah memasang sistem cctv kerana kepentingan serta harga pasaran yang mampu dimiliki sekarang ini.

Persaingan dalam pasaran

Persaingan yang wujud dipasaran malaysia sekarang menandakan permintaan semakin meningkat dan perniagaan cctv semakin berkembang maju serta menandakan bahawa produk cctv tiada penghujungnya. Pasti ia akan menjadi satu industri yang besar di malaysia dan harga serta kualiti akan seiring berdaya saing.

Tahap keselamatan di premis

continue reading…

Setelah berhempas pulas selama seminggu ditambah dengan kesibukan bekerja, maka hari ni dengan secara rasminya blog ini telah mendapat rumah hosting baru….

moving.jpg Akhirnya pindah hosting selesai..

dan secara rasminya ingin mengucapkan selamat tinggal dan bye-bye malaysia, sekarang sudah berpindah ke US….dan dengan ini tiada lagi masalah berkaitan hosting lama yang menekan jiwa dan ragaku….sampai nak menulis artikel pun terbantut di buatnya

Walaupun tinggal di US dengan harga dollar, tapi bab kata celcom blue, berbaloi-baloi dan sehingga tak perlu nak pening kepala nak setting itu ini semuanya settle…

continue reading…

Semalam pada kejohanan badminton dunia yang berlangsung di India, sekali lagi pasukan badminton negara tewas kesemuanya di separuh akhir.

Oh malaysia ku, kenapalah badminton masih lagi tidak mampu menyaingi pasukan badminton dari negara-negara lain.

lee chong wei

Bermula dengan kekalah Dato Lee Chong Wei pada suku akhir,namun malaysia masih lagi meneruskan persaingan dalam kejohanan badminton dunia 2009 dengan 2 beregu negara ke separuh akhir iaitu pasangan beregu negara Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari di tewaskan oleh pasangan beregu dari china dengan game penentuan.

Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari

Apakah daya, kekecewaan ini diteruskan lagi oleh satu lagi pasangan beregu negara iaitu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dengan kekalahan juga pada set penentuan dimana kalah dengan continue reading…