Posts Tagged ‘Panduan’

Saper cakap produk cctv mahal?

Wednesday, January 6th, 2010
Gambar ini tiada kaitan dengan artikel

Gambar ini tiada kaitan dengan artikel

Salan sejahtera buat semua pembaca,

Kita sering dimomokkan dengan ayat seperti ini ” mahal la kalau nak beli cctv”, “produk cctv mahal la” dan segala macam lagi yang kita sering dengar apabila bercakap mengenai produk dan sistem cctv.

Tetapi tahukah anda? sebenarnya produk cctv dan juga untuk memasang cctv di pasaran malaysia sekarang sebenarnya sudah mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, kalau anda tak percaya saya akan buktikan pada anda dengan sedikit pengiraan yang cukup simple.

Ok mari kita lihat sekiranya anda ingin memasang satu sistem cctv yang lengkap di rumah

1. anda perlukan 4 biji kamera cctv (untuk dome camera) hanya RM 100 sebiji so total baru RM 400

2. CCTV Recorder – untuk 4 channel @ kamera harga di pasaran sekarang baru RM 200-500

3. Pemasangan kabel-suruh jer juruletrik pasang, 1 point RM 100 dan kalau 4 point baru RM 400

Itu je, so total semua RM 400+250+400, nah baru RM 1050 untuk satu sistem cctv yang boleh di gunakan di rumah anda, murah bukan? ataupun masih mahal?

Kalau melabur untuk beli penapis air pun untuk mendapatkan air yang bersih pun dalam RM 1000-2000 kenapa anda tidak sanggup untuk memasang satu sistem cctv di rumah dengan hanya kos RM 1050, pada saya sekiranya anda ingin memastikan keselamatan di rumah anda, pasanglah cctv, samada anda beli barang cctv itu sendiri dan pasang sendiri ataupun beli barang dan upah kontraktor untuk memasangnya.

Kenapa saya cadangkan pada anda? mari kita lihat petikan dari berita di akhbar baru-baru ini.

Utusan Malaysia – Isnin 04 Januari 2010 “CCTV rakam amah dera bayi di Damansara

(more…)

Macam mana nak masuk TV secara live-cara saya

Monday, December 14th, 2009
Rancangan Nasi Lemak Kopi O

Rancangan Nasi Lemak Kopi O

Kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca blog semua bagaimana saya dapat menjadi tetamu jemputan untuk siaran langsung dalam rancangan tv.

Sebenarnya aku baru je 2 kali masuk dalam rancangan tv secara langsung ni, yang pertama dalam rancangan selamat pagi malaysia di TV1 dan yg kedua dalam rancangan nasi lemak kopi O di TV9. 2 kali jer dan aku harap entri pada kali ini bukan niat untuk berbangga diri ataupun sebagainya, namun terdapat kisah disebaliknya.

Matlamat aku nak masuk tv bermula selepas aku putus cinta dengan sesorang dan pada masa tu aku dah bergaduh dengan family dia sekali sampaikan mak dia pernah cakap dengan aku satu perkataan yang akan aku ingat sampai aku mati, nak tahu? ni ha kata-kata mak dia

Makcik nak tengok sampai mana mizie boleh berjaya tanpa *Nxxxx, mizie akan menyesal dan takkan berjaya kalau berpisah dengan *Nxxxx

*nama Nxxxx terpaksa dirahsiakan demi menjaga hati orang lain.

Ok berbalik kepada cerita diatas, disebabkan oleh kata-kata mak dia yang menusuk kedalam kalbu aku telah menetapkan matlamat dan aku ingin buktikan kepada mereka semua terutamnya mak dia yang aku boleh berjaya dan mempunyai kerjaya yang hebat.

Selepas peristiwa tersebut, aku mula mengorak langkah dan pada masa tu tahun 2007 aku telah tetapkan matlamat aku akan mendapat pekerjaan yang bagus dan boleh berjaya serta ada orang kenal dengan aku. Antara matlamat yang aku tetapkan ialah aku akan pastikan aku masuk TV pada tahun 2008 dan masa tu aku yakin aku akan berjaya mencapainya dan alhamdulillah pada tahun 2008 aku telah di jemput oleh penerbit rancangan selamat pagi malaysia sebagai tetamu undangan dalam membicarakan berkenaan CCTV (masa tu tengah panas pasal kes nurul jazlin).

(more…)

Mula menulis kembali

Monday, December 14th, 2009

Assalamualaikum semua,

hari ni saya berkesempatan untuk menulis blog kesayangan ni, sebelum tu saya minta maaf kepada semua sbb lama biarkan blog ni usang dan tidak terusik.

sebenarnya saya berkursus hampir 2 bulan, baru je habis 03 disember baru-baru ni dan skrg ni dah masuk ofis dengan fail yang bertimbun dan perlu di uruskan segera. tambah pula skrg ni saya tgh sibuk menguruskan rumah sewa yang bakal saya duduk di Banting (dkt dgn KLIA)

SAR 2009

SAR 2009

*klik pada gambar untuk besarkan

insyaAllah bulan januari tahun depan saya akan bawa isteri dan anak saya ke kuala lumpur untuk tinggal bersama, lega la skit dari keadaan skrg ni yang kena berulang setiap hujung minggu ke batu berendam, melaka.

Sebenarnya banyak yang saya nak menulis hari ni tetapi masa pun terlalu mencemburui saya untuk menulis blog ni, lepas ni saya akan menulis berkenaan dengan bagaimana saya ke udara di dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O, video pun saya dah download…tunggu sehingga artikel akan datang saya akan muatkan dalam blog ni.

Tahun ni dah 2 kali sebenarnya saya ke udara secara langsung di TV, syukur rezeki yang Tuhan bagi..dan selepas ni saya akan berkongsi dengan anda gambar2 sekitar rancangan live di TV dan saya akan kongsikan bagaimana dengan blog www.seribong.info ni je saya boleh masuk tv, tak perlu bayar pun masuk tv tu

p/s : cuba teka mana satu saya dalam gambar di atas, sapa yang betul saya nak bagi RM 10

akaun paypal kena limited access-settlekan dalam masa 15 minit

Wednesday, September 9th, 2009

Gmail - Your PayPal Account Access Has Been Restored

Assalamualaikum semua,

malam ni ada berita baik untuk semua pemegang akaun paypal yg kena limited access dan nak release kan semula akaun paypal anda supaya ianya aktif semula.

Your account access has been limited for the following reason(s):

# Sept. 07, 2009: Our system detected unusual activity on a credit card linked to your PayPal account.

Mesti anda pernah mengalaminya kan? jangan risau ada caranya untuk anda aktifkan kembali akaun paypal anda dalam masa tak sampai 20 minit pun.

Dengan syarat anda perlu (more…)

Duit KWSP, apakah yang anda tahu?

Tuesday, August 25th, 2009

300x250 Duit KWSP, apakah yang anda tahu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kali ini saya nak bawakan anda preview mengenai ebook Pendedahan KWSP yg tengah dok hangat sekarang ni, setakat artikel ini di tulis, lebih 200 unit telah terjual.

Jadi, apa yang lebih sangat dengan Ebook Pendedahan KWSP ini? saya rasa anda boleh lah melawati website pendedahan KSWP di sinikerana kat situ dah cerita segala2nya, namun ingin saya nyatakan disini

Sekiranya anda tidak ingin duit KWSP anda habis selepas 3 tahun anda pencen ataupun bersara, cepat dapatkan ebook pendedahan kwsp ini kerana segala2 panduan dan maklumat boleh didapati di dalam ebook ini yang menerangkan pada anda tentang trick dan teknik untuk pelaburan didalam kwsp dan memaksimunkan simpanan KWSP anda, dan BERSARA tanpa perlu anda bekerja lagi…

Fakta mengenai KWSP yg mungkin anda tidak tahu:

“Mengikut perangkaan dan statistik wang simpanan KWSP bagi tahun 2002 dengan jumlah pencarum adalah seramai 10.2 juta orang, hanya 1,900 orang sahaja yang memiliki simpanan melebihi RM1 juta dan 10,200 orang lagi memiliki simpanan lebih dari RM500 ribu, manakala seramai 351,000 lagi memiliki simpanan lebih dari RM100 ribu – Petikan dari buku ‘Jutawan Dari Planet Jupiter’”

Ok saya rasa rugi lah kalau anda melepaskan peluang ini, sbb kalau anda memang bekerja dan mencarum kwsp inilah peluang untuk anda tahu bagaimana duit didalam kwsp anda boleh bertambah dan seterusnya anda tidaklah perlu lagi untuk (more…)