Seribong.info

Kisah di sebalik blog

Browsing Posts tagged produk cctv

hidup seorang blogger yangAssalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog cctv ini, dah lama rasanya blog ini terbiar usang tanpa sebab di usik. Tu lah kalau hidup bermadu kadang-kadang yang lama di lupakan dan yang muda juga di cari.

Apa kaitan post ini dengan hidup seorang blogger sebenarnya semenjak dua menjak ni aku kurang menulis di blog ini memandangkan sibuk dengan tugas-tugas lain serta kurangnya mood untuk menulis perkara yang terlalu teknikal.

Tapi anda janga risau, hidup seorang blogger yang memang ada pasang surutnya bab air sungai mahupun laut, kadang-kadang kesuntukkan masa yang membataskan aku untuk menulis di blog ini. Namun aku cuba juga untuk berkongsi tips cctv di sini seboleh yang mungkin dan jangan risau blog ini aku takkan biarkan ia kosong dan sunyi sepi je.

Perkara asas mengenai cctv, produk cctv, candangan dan pendapat mengenai sistem kamera cctv akan tetap dikongsikan disini, cuma kurangnya daya olahan serta masa yang menyebabkan blog ini tidak berupdate. Semua orang sudah tahu bukan akan kepentingan cctv? kalau tak tahu rasanya banyak contoh dan kes yang boleh aku kongsikan di sini mengenai akan kepentingan cctv. continue reading…

Gambar ini tiada kaitan dengan artikel

Gambar ini tiada kaitan dengan artikel

Salan sejahtera buat semua pembaca,

Kita sering dimomokkan dengan ayat seperti ini ” mahal la kalau nak beli cctv”, “produk cctv mahal la” dan segala macam lagi yang kita sering dengar apabila bercakap mengenai produk dan sistem cctv.

Tetapi tahukah anda? sebenarnya produk cctv dan juga untuk memasang cctv di pasaran malaysia sekarang sebenarnya sudah mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, kalau anda tak percaya saya akan buktikan pada anda dengan sedikit pengiraan yang cukup simple.

Ok mari kita lihat sekiranya anda ingin memasang satu sistem cctv yang lengkap di rumah

1. anda perlukan 4 biji kamera cctv (untuk dome camera) hanya RM 100 sebiji so total baru RM 400

2. CCTV Recorder – untuk 4 channel @ kamera harga di pasaran sekarang baru RM 200-500

3. Pemasangan kabel-suruh jer juruletrik pasang, 1 point RM 100 dan kalau 4 point baru RM 400

Itu je, so total semua RM 400+250+400, nah baru RM 1050 untuk satu sistem cctv yang boleh di gunakan di rumah anda, murah bukan? ataupun masih mahal?

Kalau melabur untuk beli penapis air pun untuk mendapatkan air yang bersih pun dalam RM 1000-2000 kenapa anda tidak sanggup untuk memasang satu sistem cctv di rumah dengan hanya kos RM 1050, pada saya sekiranya anda ingin memastikan keselamatan di rumah anda, pasanglah cctv, samada anda beli barang cctv itu sendiri dan pasang sendiri ataupun beli barang dan upah kontraktor untuk memasangnya.

Kenapa saya cadangkan pada anda? mari kita lihat petikan dari berita di akhbar baru-baru ini.

Utusan Malaysia – Isnin 04 Januari 2010 “CCTV rakam amah dera bayi di Damansara

continue reading…