
Dah lama rasanya nak update blog, tp asyik tidak berkesempatan jer, dan kali ini saya datang dng 10 dalil kenapa blog ini tidak berupdate, kalau nak baca silakan, kalau tak mau, sila tekan pangkah kat bahagian bucu kanan paling atas, adios
Dalil 1 :
Kisahnya blog ini tak update sebab saya menghadiri kursus selama 3 minggu di Fire Rescue Academy Malaysia ( FRAM ) di wakaf tapai, terengganu. so secara automatik, kat sana sibuk ngan berkursus dan penat maka blog ini pun jadi usang. Tambahan pula habis kursus sambung ngan majlis penganugerahan Diploma Lanjutan untuk jawatan yang aku pegang sekarang
Dalil 2 :
Dalam masa berkursus isteri aku bersalin anak yang pertama kami iaitu muhammad fahim yang sangat comel, so busy ngan kursus then cuti isteri bersalin pun 2 hari je, biasakan goverment dpt 7 hari. tapi saya terpaksa cuti 2 hari untuk habiskan kursus wajib, tak nak gagal then nak kena amik lagi tahun depan… biler nak confirm…
Dalil 3 :
Selepas jer habis berkursus di FRAM tu, then dengan majlis seminggu tu, saya menghadiri bengkel pula di FRAM Kuala Kubu Bharu selama 4 hari….lagi lah busy then tak sempat nak sentuh blog ni..
Dalil 4:
Masuk je ofis selepas tu fail di atas meja bertimbun then nak kena settlekan, tu blum campur kerja2 yang ad hoc lagi tu..maka lagi lah bertambah takder masa untuk update blog, balik umah kul 8.30 dah tidor…
Dalil 5 : terakhir
Sememangnya apabila badan dah penat, then campur ngan malas, maka blog ni pun terbiar usang. Lepas tu pula tgh berfikir patutkah aku menjual blog ni? ada sesaper yang nak tak blog ni? kalau mau hubungi saya kita leh nego berapa harganya, kena ngan harga boleh la let go.. bukan apa…minggu ni aku kena gi kursus lagi sampai 3 disember….wa…wa…wa…tapi serius ni aku bercadang nak jual je blog ni, walaupun sayang dengan keyword yang banyak dah menguasai page 1 kat google…apakan daya
bye




mijie Reply:
November 25th, 2009 at 7:34 pm
terima kasih bro
[Balas Komen]