Jari-jemari sedang menaip

Jari-jemari sedang menaip

Sudah 4 hari tahun 2010 berlalu, baru hari ni berkesempatan untuk menulis di blog yang tak seberapa glamor ni dan di harapkan pengunjung blog ni jangan lah bosan sebab lama blog ni tak berupdate.

Banyak sebenarnya perkara-perkara yang perlu diselesaikan pada minggu lepas sehinggakan tidak berkesempatan untuk menulis di blog ni, buat anda semua jangan la cakap saya ni memberi alasan. Banyak sebenarnya percangan tahun ini yang akan dibuat terutamanya untuk memberikan maklumat serta berkongsi dengan pembaca semua mengenai maklumat CCTV yang saya mampu.

Pada tahun banyak juga perancangan yang saya ingin buat, jadi tunggu sehingga masanya tiba saya akan umumkan kepada semua dan buat masa ni biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu.

Sedikit mengenai cctv, sekiranya anda ingin belajar mengenai asas cctv dan ingin memasang cctv di rumah, boleh lah ajukan soalan anda kepada saya samada melalui ruangan hubungi saya ataupun tinggalkan saja pertanyaan anda di ruangan komen, saya akan membalasnya secepat mungkin.

Sekiranya anda rasa cctv itu susah, jawapannya tidak kerana untuk menguasai ilmu cctv anda tidak perlu ada kemahiran teknikal yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah keinginan untuk belajar dan berjumpa dengan orang yang betul.

Ok untuk panduan anda, apa yang perlu anda tahu mengenai cctv ialah seperti perkara berikut :

Dapatkan maklumat berkenaan kamera cctv, jenis-jenis rakaman cctv serta bagaimana setiap kamera merakamkan imej ( dari sudut mana rakaman boleh dibuat)

Jadi dapatkan maklumat tersebut terlebih dahulu dan selepas anda tahu sedikit asas cctv, boleh untuk meneruskan kepada langkah seterusnya. Ok setakat ini dahulu sehingga kita berjumpa lagi………….

Blog Widget by LinkWithin