Salam sejahtera semua,

tajuk artikel ni mungkin bagi anda bohong semuanya, ialah kalau dah 3 tahun dok blogging ni tapi satu sen pun tak pernah dapat duit maka saper nak percaya kalau orang ckp boleh buat duit di internet dengan blog

sebenarnya banyak cara untuk buat duit di internet ni dan kalau anda tak percaya, saya pernah menulis artikel berkenaan dengan buat duit menggunakan blogvertise, walaupun tak banyak sebulan dapat la dalam usd 30 then convert duit malaysia ringgit dalam rm100 la lebih kurang

ok aper, dah lepas bayar hosting dan domain selama setahun, huhuhuhuh

mungkin anda tak percaya kan dapat duit? selalunya orang nak tgk bukti screenshoot la apa la..baru nak percaya, ok kalau tak percaya, saya ada buktinya, nah tgk screenshoot dari blog member saya ni blog wanmus

money from blog11 Buat duit dengan blog sememangnya boleh, tak percaya ke?

Dah percaya ke tak? kalau tak percaya anda klik pangkah je pada web browser anda then tutup blog ni, baca blog hiburan lagi sedap kan?

screen shoot diatas ialah duit yang saudara wanmus hasilkan dan kalau nak tahu lawatilah blog dia tu di link sini

ok sedikit latar belakang mengenai si wanmus ni kalau korang nak tahu

Wanmus.com adalah asas kepada nama wan mohd musyris…beliau seorang pelajar di UTM Skudai dan mengambil Ijazah (Master) Kejuruteraan Mekanikal selepas tamat Ijazah Sarjana Mudanya (Degree) juga di UTM dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal-Major Kejuruteraan Bahan.

Anak muda hensem kelahiran Besut, Terengganu ini memulakan pembelajaran mengenal erti ABC di Tadika Yayasan Islam di Batu Burok sehinggalah dipindahkan ke bangunan Tadika Yayasan Islam K.Terengganu. Selepas dah kenal ABC, beliau pula bergerak ke Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1 (SRSS1) yang juga di K.Terengganu bagi pembelajaran yang lebih tinggi. Oleh kerana ayah kerja kerajaan, terpaksalah berpindah ke Dungun dan bersekolah pula di Sekolah Rendah Sultan Omar (SRSO) selama 3 tahun (Darjah 2-5). Lepas tu kena hantar balik ke K.Terengganu sebab kerajaan panggil balik.

Lepas habis Darjah 6 di SRSS1, beliau mula angankan untuk ke MRSM tapi hampa. Beliau hanya di terima di Sekolah Panji Alam walaupun UPSR dapat 3A 1B..huhu..tapi bukan setakat di situ sahaja. Akhirnya beliau diterima masuk ke SMKA Sheikh Abd Malek (SHAMS) bermula penghujung Tingkatan 1 hingga habis SPM. Kerana ego, beliau menolak tawaran matrikulasi sebab dapat kolej yang hampir nak roboh :) ..Ego pun ego jugak, tapi takut tak dapat mana-mana sambung belajar risau jugak. Tapi kerana berkat ibu bapa, akhirnya anak muda hensem ini diterima direct untuk ke Degree di UTM. Alhamdulillah..

Sehingga kini, walaupun beliau bergelar Siswazah Kejuruteraan Mekanikal (dan dah hantar borang untuk daftar BEM untuk Jurutera Siswazah), hati beliau tetap dengan perniagaan internet yang mula beliau ceburi sejak 2005-2006 lagi.

Wanmus adalah pengasas syarikat Wanmus Technologies (JM0499956-W) yang beribu pejabat di JB dan cawangan di Terengganu. Dengan syarikat ini, beliau telah membangunkan beberapa perniagaan internet iaitu Wanmus.com ini, jomhosting.net, asasministe.com dan myekamus.com.

hoho panjang juga tu kan, saudara wanmus ni menghasilkan duit dengan blog melalui internet ni dengan mudah sehingga saya pun cemburu melihat hasilnya, maklum lah kita baru dapat beberapa usd saja..

ok lah kalau nak tahu rahsia bagaimana bro wanmus ni menghasilkan duit dengan menggunakan blog lawatilah blog wanmus tu, rugi oo kalau tak tgk

Blog Widget by LinkWithin