Keputusan perlawanan badminton terbuka all england telah dimenangi oleh dato lee chong wei dengan kemenangan straight set, tahniah diucapkan kepada lee chong wei kerana telah merangkul kejuaraan tersebut selepas kemenangan perseorangan lelaki terakhir pada tahun 2003 iaitu hafiz hasyim
Perlawanan pada set pertama lee chong wei diberi saingan sengit oleh pemain muda dari jepun yang bermain dengan begitu agresif sekali, tetapi pengalaman beraksi diperingkat tertinggi nyata memberikan kelebihan kepada chong wei untuk merangkul kejuaraan badminton all england itu
Perlawanan set kedua menyaksikan saingan yang diberikan oleh pemain jepun tersebut yang sebelum ini telah menewaskan Bao chun lai pada peringkat separuh akhir nyata tidak mampu untuk menyekat lee chong wei dari merangkul kejuaraan badminton untuk all england pada kali ini.
Tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei kerana telah membawa pulang piala kejuaraan bagi perseorangan terbuka all england dan diharapkan Dato lee chong wei akan merangkul kejuaraan dunia pada tahun ini. Syabas diucapkan kepada chong wei kerana hadiah kejuaraan ini amat bermakna setelah 7 tahun menunggu.





Comments
Leave a comment Trackback