Gambar muhammad fahim masa baru lahir
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kali ini kita berjumpa lagi dalam blog ini, tetapi entri kali ini tidak membicarakan mengenai dunia internet, perniagaan internet, belajar buat blog dan projek cctv tetapi kali ini artikel yang dihasilkan ialah untuk memberi hebahan kepada semua kawan-kawan yang isteri saya telah selamat melahirkan cahaya mata pertama kami anak lelaki seberat 4.1kg pada 10 oktober 2009 sekitar jam 1.21 am

Muhammad Fahim
Disebabkan kekangan masa berkursus dan sibuk menguruskan kehadiran orang baru dalam keluarga kami, blog ini sedikit terabai tetapi saya akan pastikan blog ini akan sentiasa berupdate dan disamping itu menyumbangkan ilmu-ilmu yang akan dikongsi bersama.
Sedikit masa lagi saya akan menulis artikel bagaimana untuk mempercepatkan proses permohonan public bank debit kad melalui online dan anda tidak perlu lagi menunggu sehingga 3 minggu.
Ok berbalik kepada tajuk artikel ini, nama anak kami ialah Muhammad Fahim dan maksudnya dalam bahasa arab ialah “yang memahami”. itu pilihan dan persetujuan saya dengan isteri saya.
Muhammad fahim lahir pada jam 1.21 am 10 oktober 2009 (10/10/2009) cantik juga kan tarikh tu, jangan jeles yer kawan2, tapi yang penting isteri dan anak kami selamat.
Sekian sahaja untuk kali ini dan sehingga kita bertemu lagi, disamping tu saya dengan rasminya mengumunkan blog anak kami iaitu muhammad fahim telah wujud, sila layarinya di http://muhammadfahim.blogspot.com
kita jumpa di sana




