
Rancangan Nasi Lemak Kopi O
Kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca blog semua bagaimana saya dapat menjadi tetamu jemputan untuk siaran langsung dalam rancangan tv.
Sebenarnya aku baru je 2 kali masuk dalam rancangan tv secara langsung ni, yang pertama dalam rancangan selamat pagi malaysia di TV1 dan yg kedua dalam rancangan nasi lemak kopi O di TV9. 2 kali jer dan aku harap entri pada kali ini bukan niat untuk berbangga diri ataupun sebagainya, namun terdapat kisah disebaliknya.
Matlamat aku nak masuk tv bermula selepas aku putus cinta dengan sesorang dan pada masa tu aku dah bergaduh dengan family dia sekali sampaikan mak dia pernah cakap dengan aku satu perkataan yang akan aku ingat sampai aku mati, nak tahu? ni ha kata-kata mak dia
Makcik nak tengok sampai mana mizie boleh berjaya tanpa *Nxxxx, mizie akan menyesal dan takkan berjaya kalau berpisah dengan *Nxxxx
*nama Nxxxx terpaksa dirahsiakan demi menjaga hati orang lain.
Ok berbalik kepada cerita diatas, disebabkan oleh kata-kata mak dia yang menusuk kedalam kalbu aku telah menetapkan matlamat dan aku ingin buktikan kepada mereka semua terutamnya mak dia yang aku boleh berjaya dan mempunyai kerjaya yang hebat.
Selepas peristiwa tersebut, aku mula mengorak langkah dan pada masa tu tahun 2007 aku telah tetapkan matlamat aku akan mendapat pekerjaan yang bagus dan boleh berjaya serta ada orang kenal dengan aku. Antara matlamat yang aku tetapkan ialah aku akan pastikan aku masuk TV pada tahun 2008 dan masa tu aku yakin aku akan berjaya mencapainya dan alhamdulillah pada tahun 2008 aku telah di jemput oleh penerbit rancangan selamat pagi malaysia sebagai tetamu undangan dalam membicarakan berkenaan CCTV (masa tu tengah panas pasal kes nurul jazlin).
Jadi apa rahsianya aku dpt masuk tv, semuanya adalah kerana blog www.pasangkamera.com yang aku buat untuk berkongsi pengalaman mengenai cctv. Pada masa tu aku mengkaji bagaimana untuk blog cctv aku tu dapat ranking pertama dalam carian google dan disitu aku merancang segala-galanya sehingga aku ke udara secara langsung di TV1 pada awal tahun 2008.
Alhamdulillah matlamat aku telah tercapai iaitu untuk masuk Tv dan buktikan pada mak dia yang aku boleh berjaya dan ada lah orang kenal. Selepas tu motivasi aku semakin bertambah dan kerjaya dalam hidup aku semakin cerah, dapat kerja yang bagus, dapat kenal negara luar seperti Dubai, UAE Singapore dan tempat2 lain melalui kerjaya dalam bidang cctv yang aku ceburi.

Gambar di depan Burj Al Arab Dubai
Dan akhirnya mak dia menghubungi aku mengucapkan tahniah atas kejayaan aku serta mula meminta maaf kerana telah mengeluarkan kata-kata yang bagi aku amat pahit untuk di telan. Tetapi sebagai manusia biasa aku memaafkaan mak dia namun kata-kata tersebut akan aku jadikan sebagai motivasi sampai mati.

Tengah minum air dari singa Singapore
Jadi untuk kawan-kawan semua, untuk mencapai sesuatu anda perlu menetapkan matlamat dan pastikan ianya tercapai satu persatu serta bersabar untuk menempuhinya.
Aku masuk tv kali kedua melalui rancangan nasi lemak kopi O ni pun melalui blog ini yang membicarakan berkenaan CCTV.
Cuma satu jer aku nak pesan, walaupun telah berjaya mencapai matlamat anda, tolonglah kawan-kawan disekeliling kita serta bantulah mereka sedaya yang mampu, insyaAllah ganjarannya akan menyusul. Ini telah terbukti apabila aku mendapat hasilnya setelah aku menolong kawan aku ni untuk belajar cctv dan skrg dia sudahpun memiliki perniagaan cctv sendiri.
Untuk anda, pesan saya sekiranya anda teringin untuk masuk tv, cuba kaji pasaran, lihat apakah rancangan di tv yang mampu anda kaitkan dengan anda dan contohnya saya buat blog berkenaan cctv, mungkin pihak tv akan menghubungi anda untuk ke udara. Saya buat blog cctv kerana tak banyak persaingan serta minat saya terhadap cctv
Sekian…



mijie Reply:
December 15th, 2009 at 8:15 am
sama2,
yer, memang sumber motivasi saya pasni anak sy yg comel tu lah..
tekaan yg tepat
[Balas Komen]