
Apa yang korang akan buat biler timer keje dah jadi malas dan mengantuk jer? then rasa macam nak tidor jer. Nak buat report malas, nak key in data pun malas dan tak tahu dah nak buat apa, yg dalam hati pulak dok berfikir pasal lambatnya nak pukul 5 nak balik rumah cepat2
Adakah anda pernah mengalami situasi macam ni, hari yang malas nak buat kerja?
saya harap anda semua tidak akan mengalami situasi begini, dan harapnya ia takkan berlaku pada saya walaupun ia sebenarnya hampir2 berlaku neh…
Malas tahap nak tgk kertas report pun tak larat, itulah manusia yang bergelar pekerja, jadi saya cadangkan kepada anda sekiranya anda malas untuk nak buat kerja, fikirkan satu benda, kalau kerja tak settle hari ni, tentu esok kena buat juga, then kalau dah semakin hari anda tangguh kerja, jawabnya makin bertimbun lah kerja anda, pastu jawabnya prestasi kerja anda akan menurun dan anda boleh fikir apa kesannya nanti
Ok lah, setelah anda baca artikel ni, sy harap anda ambil pen dan kertas terus buat kerja, jangan tangguh lagi dan malas lagi selepas ini ” KATAKAN TIDAK PADA MALAS”




mijie Reply:
September 17th, 2009 at 10:21 am
tidor di pagi hari, gheheheheh
[Balas Komen]