Assalamualaikum semua,
hari ni saya berkesempatan untuk menulis blog kesayangan ni, sebelum tu saya minta maaf kepada semua sbb lama biarkan blog ni usang dan tidak terusik.
sebenarnya saya berkursus hampir 2 bulan, baru je habis 03 disember baru-baru ni dan skrg ni dah masuk ofis dengan fail yang bertimbun dan perlu di uruskan segera. tambah pula skrg ni saya tgh sibuk menguruskan rumah sewa yang bakal saya duduk di Banting (dkt dgn KLIA)
*klik pada gambar untuk besarkan
insyaAllah bulan januari tahun depan saya akan bawa isteri dan anak saya ke kuala lumpur untuk tinggal bersama, lega la skit dari keadaan skrg ni yang kena berulang setiap hujung minggu ke batu berendam, melaka.
Sebenarnya banyak yang saya nak menulis hari ni tetapi masa pun terlalu mencemburui saya untuk menulis blog ni, lepas ni saya akan menulis berkenaan dengan bagaimana saya ke udara di dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O, video pun saya dah download…tunggu sehingga artikel akan datang saya akan muatkan dalam blog ni.
Tahun ni dah 2 kali sebenarnya saya ke udara secara langsung di TV, syukur rezeki yang Tuhan bagi..dan selepas ni saya akan berkongsi dengan anda gambar2 sekitar rancangan live di TV dan saya akan kongsikan bagaimana dengan blog www.seribong.info ni je saya boleh masuk tv, tak perlu bayar pun masuk tv tu
p/s : cuba teka mana satu saya dalam gambar di atas, sapa yang betul saya nak bagi RM 10





Comments
Leave a comment Trackback