Semalam pada kejohanan badminton dunia yang berlangsung di India, sekali lagi pasukan badminton negara tewas kesemuanya di separuh akhir.

Oh malaysia ku, kenapalah badminton masih lagi tidak mampu menyaingi pasukan badminton dari negara-negara lain.

lee chong wei

Bermula dengan kekalah Dato Lee Chong Wei pada suku akhir,namun malaysia masih lagi meneruskan persaingan dalam kejohanan badminton dunia 2009 dengan 2 beregu negara ke separuh akhir iaitu pasangan beregu negara Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari di tewaskan oleh pasangan beregu dari china dengan game penentuan.

Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari

Apakah daya, kekecewaan ini diteruskan lagi oleh satu lagi pasangan beregu negara iaitu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dengan kekalahan juga pada set penentuan dimana kalah dengan 24-22, uish…sangat sedih dan mengecewakan.

Nampaknya selepas ini pasukan badminton malaysia kena balik dan buat satu post mortem secara besar-besaran untuk melihat dimanakah silap serta kenapa daya juang serta semangat pemain badminton kita tidak lagi mampu bersaing di peringkat kejohanan dunia.

Sekian sahaja luahan rasa seorang peminat badminton yang amat meminati badminton tanah air malaysia dan dengan harapan malaysia akan mengengam kejohonan dunia suatu hari nanti

Blog Widget by LinkWithin